Loading...

Monday, May 10, 2010

HAK PENGGUNA

Pengenalan

Hak-hak dan perlindungan pengguna perlulah dilihat secara menyeluruh iaitu yang meliputi dasar yang menjadi amalan pernerintah berhubung dengan kepenggunaan. Undang-undang telah digubal untuk melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna, pendidikan dan kesedaran kepenggunaan di kalangan pengguna serta penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan hak-hak dan kepentingan pengguna.Tanpa adanya keempat-empat unsur utama tersebut maka matlamat melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna sukar dicapai. Hubungan antara tiap-tiap unsur berkenaan kepada pengguna dapat dilihat dengan mudah dalarn model perlindungan pengguna seperti berikut:


hak2.jpg (19649 bytes)

Sumber: Persatuan Pengguna Sabah




Pengguna
Pengguna ialah individu yang menggunakan barang, perkhidmatan atau sumber alam semula jadi untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing. Walaupun pengguna mempunyai hak-hak tertentu, namun hak-hak berkenaan bukanlah diperolehi secara otomatis. Ramai pengguna mempunyai pengetahuan yang cetek tentang hak mereka. Pengguna harus sedar bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu dan seterusnya berusaha bagi mendapatkan hak-hak mereka. Jika pengguna ingin mendapat hak-haknya mereka harus:-

1) Mengetahui apakah hak-haknya.
2) Menuntut hak-hak tersebut daripada pihak yang wajar memberikanya.
3) Memainkan tanggungjawab dan peranan mereka dan berusaha mendapatkan hak-hak itu.


Oleh itu pengguna yang baik dan bijak haruslah bertanggungjawabnya sebagai pengguna dan juga menuntut apa yang sepatutnya mereka berhak mendapatkannya.

Hak-Hak Pengguna


Pada masa ini, lapan hak asasi pengguna ini telah diterima secara sejagat.15 Mac telah diiktiraf sebagai Hari Hak Hak Pengguna Sedunia.

Dalam tahun 1962, J.F. Kennedy, Presiden Amerika Syarikat pada masa itu, telah mengisytiharkan empat hak asasi pengguna seperti yang berikut:

1) Hak Untuk Mendapat Keselamatan.
2) Hak Untuk Mendapat Makfumat.
3) Hak Untuk Membuat Pilihan.
4) Hak Untuk Menyuarakan Pendapat.

Kemudiannya, Consumers International, menambah empat lagi hak asasi pengguna seperti yang berikut:

1) Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas.
2) Hak Untuk Mendapat Gantirugi.
3) Hak Untuk Mendapat Pendidikan Pengguna.
4) Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat.

8 Hak Asasi Pengguna


Hak untuk mendapat keperluan asas

Pengguna berhak untuk mendapatkan keperluan asas bagi menjamin kehidupan yang yang memuaskan dalam zaman moden ini. Keperluan asas ini termasukalah makanan, pakaian, perlindunagn, perubatan, pendidikan, dan pengangkutan.Sebagai contoh,kualiti pakaian yang dibeli haruslah berpadanan dengan harganya, makanan yang dibeli pula haruslah mempunyai kuantiti, timbangan dan khasiat yang mencukupi seperti yang tertulis pada label barangan. Tiada siapa yang berhak melarang pengguna daripada mendapat mana-mana keperluan di atas.


Keperluan asas






Hak untuk mendapat keselamatan

Pengguna berhak mendapat mendapat jaminan bahawa barang yang dibeli dan digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan kesan yang boleh membahayakan kehidupan dan kesihatan.Di samping itu Barangan tersebut haruslah mempunyai ciri-ciri keselamatan dan bebas daripada bahan racun yang memudaratkan kesihatan.Pengeluar hanedaklah memberikan penerangan yang tepat dan dan perlu diikuti oleh pengguna semasa menggunakan sesuatu barang.Contohnya, barang seperti topi keledar, tali pinggang keselamatan dan alatan elektrik haruslah mnepati mutu piawai yang ditetapkan oleh pihak SIRIM danselamat digunakan. Barang yang boleh membahayakan nyawa seprti racun serangga, bahan kimia dan ubat-ubatan pula, perlu dilabelkan dengan simbol amaran bahaya.












Hak untuk mendapat maklumat

Pengguna berhak untuk mendapat maklumat yang mencukupi dan tepat tentang sesuatu barang atau perkhidmatan yang dibelinya supaya mereka dapat membuat keputusan yang bijak. Apabila membeli barang, pengguna harus membaca label pada barang tersebut seperti tarikh luput, isi kandungan, berat, logo halal, dan lain-lain lagi. Maklumat boleh juga diperolehi melalui pengiklanan dan pengguna harus meniliti iklan agar tidak tertipu. Ini memudahkan pengguna memilih semasa membuat keputusan pembelian. Pengguna haruslah dilindungi daripada maklumat palsu dalam pengiklanan, pelabelan, dan amalan lain.




Maklumat pada label barang




Hak untuk membuat pilihan

Setiap pengguna perlu diberi kebebasan untuk memilih untuk memiliki dan menentukan barang yang diperlukan berasaskan maklumat yang diperoleh, keperluan, cita rasa, dan kemampuan mereka. Pengguna mesti diberi makluamt yang mencukupi dan tepat untuk memudahannya membuat keputusan untuk memilih.Pengguna juga berhak membuat perbandingan terhadap barang yang hendak dibeli dari segi kualiti, harga, dan isi kendungannya. Hak memilih menjadikan pengguna lebih rasional dalam membeli barangan. Jangan membuat piliahn dengan terburu-buru dan pengeluar tidak berhak untuk memaksa pengguna membuat pilihan atau membuat pilihan untuk pengguna.


Memilih barang sebelum membeli






Hak untuk mendapat ganti rugi


Pengguna mempunyai hak menuntut ganti rugi daripada penjual apabila barang atau perkhidmatan yang dibeli:



  • tidak menepati sukatan atau kuantiti yan dinyatakan
  • mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan
  • tidak mempunyai mutu seperti yang diiklankan
  • melebihi tarikh luput guna atau berada dalam keadaan yang tidak memuaskan
  • berlaku kemalangan atau kecederaan akibat maklumat yang salah tentang sesuatu barang yang digunakan.


Sebagai contoh, pengguna berhak menuntut pampasan atas kerugian yang dibelanjakan jika terguna barang yang membahayakan kesihatan seperti pampasan atas bil perubatan yang telah dibelanjakan kerana termakan makanan yang beracun.Antara undang-undang yang memberi hak kepada pengguna untuk menuntut ganti rugi:
  • Akta Jualan Barang-barang 1957
  • Akta Kontrak 1974
  • Akta Insurans 1963 (pindaan 1983)


Hak untuk menyuarakan pendapat


Pengguna berhak untuk menyuarakan pendapat tentang hal-hal yang berhubung dengan kepentingan mereka.Mereka boleh menyuarakan pendapat secara individu atau melalui perwakilan.Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbanagan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan dasar perniagaan yang diwujudkan oleh pihak swasta.Contohnya, pengguna dapat menyuarakan pendapat berkaitan hal tentang kenaikan tambang bas sekolah. Persatuan pengguna dapat mewakili pengguna menyuarakan serta menuntut kepentingan mereka.


Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan


Pengguna berhak mendapat pendidikan kepenggunaan secara berterusan untuk menjadi pengguna yang bermaklumat sepanjang hayat.Pendidikan kepenggunaan membolehkan pengguna menjadi rasional dan bijak dalam pemilihan atau pembelian sesuatu barang.Pendidikan kepenggunaan boleh diperoleh melalui penubuhan persatuan pengguna di sekolah, ceramah, pameran, seminar, bengkel, media massa, dan bahan bacaan seperti risalah. Persatuan Pengguna dan Majlis Pengguna memainkan peranan penting dalam menyebarkan pengetahuan kepenggunaan melalui media massa.Pengguna perlu mendapatkan pendidikan kepenggunaan supaya tahu akan hak dan tanggungjawab masing-masing agar tidak ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.


Hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat

Selain barangan yang dibeli, pengguna juga menggunakan sumber alam sekitar seperti udara, air, cahaya matahari, dan tanah. Sumber alam dikenal sebagai alm sekitar dan orang yang menggunakan sumber alam sekitar dipanggi pengguna. Sebagai seorang pengguna, kita berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan terdapat sumber alam semula yang semakin pupus atau dimusnahakan. Alam sekitar yang bersih dan selamat haruslah bebas daripada pencemaran alam seperti udara dan air yang kotor, bau yang tidak menyenangkan, dan bunyi bising.


Persekitaran yang bersih menyenangkan fikiran



Pencemaran air akibat kilang


video
Sumber: http://www.youtube.com/ (Atuk Oh Atuk)

Akta Kawalan Harga 1973


  • Menetapkan harga maksimum untuk barang kawalan seperi beras, tepung , gula, dan susu.

  • Pengguna boleh menuntut balik bayaran lebihan jika membeli barang melebehi harga maksimum.


Akta Kawalan Bekalan 1961


  • Meletakkan tanda harga dan label pada barang yang dijual.

  • Melarang peniaga menyimpan barang-barang kawalan secara berlebihan.

  • Pengguna berhak mendapatkan bekalan yang mencukupi walaupun pada musim perayaan.



Akta Timbang dan Sukat 1972


  • Mewajibkan peniaga menggunakan alatan dan sukatan yang memberikan bacaan yang tepat serta mengikut spesifikasi dan disahkan oleh kerajaan.

  • Pengguna boleh menolak penggunaan alat timbangan yang tidak disahkan oleh kerajaan.




Akta Perihal Dagangan 1972


  • Memberi hak kepada pengguna untuk mendapat keterangan yang benar dan tepat.

  • Melarang menyiarkan iklan yang palsu dan mengelirukan.


Akta Sewa Beli 1967

  • Menyediakan garis panduan perjanjian sewa beli dari segi jenis barang, kadar faedah, dan syarat jualan.

  • Mengawal selia bentuk dan kandungan perjanjian.

  • Mengariskan hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian sewa beli.




Akta Hakcipta 1987

  • Memberi hakcipta kepada karya-karya.

  • Melindugi hak-hak eksklusif tuan punya hak cipta daripada dicabuli pihak lain.




Akta Jualan Langsung 1993

  • Mewajibkan perniagaan jualan langsung didaftarkan.

  • Mengawal selia aktiviti jualan langsung dari pintu ke pintu dan melalui pos serta mengharamkan perniagaan sistem piramid.




Akta Elektrik 1973

  • Mewajibkan peralatan elektrik yang dikeluarkan oleh pengeluar adalah selamat digunakan.

  • Mensyaratkan setiap barangan elektrik mesti mendapat kelulusan daripada pihak SIRIM.




Akta Label 1980

  • Pengguna mendapatkan lengkap tentang sesuatu barang dalam labelnya.

  • Label pada sesuatu barang mesti mengandungi maklumat sepeti harga, nama dan alamat pengeluar, jenama, tarikh luput, arahan penggunaan, kandungan bahan atau ramuan, amaran dan petunjuk, serta jelas dan mudah dibaca.


Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952 (Pindaan 1983)


  • Mengawal kualiti bahan makanan dan penggunaan aditif dalam proses pembuatan makanan.

  • Melarang penggunaan bahan kimia yang membahayakan pengguna.


Peraturan makanan 1985


  • Memastikan pihak pengeluar meletakkan tarikh guna luput.

  • Memberi jaminan bagi makanan tertentu.

  • Meletakkan label pada bekas makanan dan menyatakan ramuan yang digunakan.

  • Mengawal mutu makanan dan penggunaan bahan aditif yang membahayakan kesihatan pengguna.




Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah dibentuk di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Tribunal ini telah ditubuhkan pada 15 November 1999 oleh kKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Selain mahkamah, tribunal ini merupakan satu saluran alternatif untuk pengguna menegakkan hak mereka dan mendapatkan khidmat nasihat. Para pengguna boleh membuat tuntutan ganti rugi atau pampasan apabila berasa tidak puas hati dan ditipu oleh pengeluar atau peniaga yang tidak beretika dengan menawarkan barang atau perkhidmatan yang tidak berkualiti.




Tribunal ini menyediakan perkhidmatan yang lebih mudah cepat dan murah berbanding dengan tuntutan melalui proses mahkamah yang rumit, memakan masa yang panjang dan belanja yang mahal. Pengguna yang memfailkan tuntutan di tribunal ini dikenakan bayaran sebanyak RM5, manakala proses tuntutan mengambil masa lebih kurang 60 hari. Tribunal tersebut mempunyai bidang kuasa mendengar kes tuntutan ganti rugi yang nilainya tidak melebehi RM25000.





Hak Pengguna Jangan Takut Untuk Bercakap

http://berita-harian-online.com/hak-pengguna-jangan-takut-untuk-bercakap/

Kuasa Pengguna


video

Sumber: http://www.youtube.com/ (Hari Pengguna Malaysia 2009)

PERHATIAN!!!



KUALA LUMPUR. Selasa - Kementerian Kesihatan mengesan empat lagi produk pelangsing tradisional di pasaran tempatan yang mengandungi bahan yang diharamkan, termasuk fenfluramina, nikotinamida dan kafein.

Menteri Kesihatan menasihati pengguna yang sudah menggunakan empat produk itu supaya mendapatkan pemeriksaan doktor kerana dikhuatiri produk itu memberi kesan kepada kesihatan.

Orang ramai dinasihati supaya berhati-hati apabila menggunakan pil pelangsing badan keluaran tradisional. Pada 29 Mac lalu, seorang wanita tempatan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur dan disahkan mengalami kerosakan ginjal dan hati selepas mengambil ubat yang dilarang penjualannya di negara ini.

Sumber: Berita Harian, 10 Julai 2002







TOKYO, Jumaat - Seorang wanita Jepun mati akibat hatinya gagal berfungsi selepas mengambil pil diet.

Wanita berusia 60 tahun itu mati di hospital TOKYO lewat malam Mei lalu, kira-kira sebulan selepas dia mengambil pil pengurang berat badan.

Seramai 11 orang lain lagi, berusia antara 30 hingga 60 tahun, turut menunjukkan petanda mengalami masalah hati yang teruk selepas mengambil pil diet dan makanan tambahan.

Di Singapura, seorang bintang talevisyen mengalami masalah hati Mei lalu kerana mengambil bahan ubat diet yang mengandungi fenfluramina.

Fenfluramina diharamkan di Amerika Syarikat pada tahun 1997 selepas dikaitkan dengan masalah kesihatan yang menjejaskan hati, tiroid dan darah.

Sumber: Berita Harian, 13 Julai 2002



Usaha boikot gula tidak menjadi

MOHD Helmi Md Noor turut mendapatkan bekalan gula, minyak dan tepung di sebuah kedai di Kampung Bukit Payung, Pokok Sena, semalam.

Peniaga barangan runcit beberapa negeri masih menjual seperti biasa

KUALA LUMPUR: Usaha Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia (PPPBRM) untuk memboikot penjualan barangan kawalan khususnya gula, yang dikatakan tidak mendapat keuntungan setimpal tidak berlaku apabila penjualan barangan berkenaan berjalan seperti biasa di seluruh negara.

Tinjauan Berita Harian di beberapa negeri mendapati peniaga barangan runcit masih menjual gula, minyak masak dan tepung gandum seperti biasa. Di ibu negara, tinjauan di pasar raya mendapati bekalan gula masih banyak dan mencukupi tetapi dihadkan sebanyak dua bungkus kepada setiap pengguna.

Peruncit yang ditemui pula rata-rata menyatakan kesukaran mendapatkan bekalan gula daripada pemborong hingga menyebabkan bekalan itu kehabisan.


Di Kuala Terengganu, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Mohd Hilmi Mohd Nor berkata, tinjauan mendapati tiada peruncit dan peniaga yang memboikot penjualan barangan kawalan berkenaan.

Katanya, sehingga kini pihaknya mengeluarkan lebih 1,300 Lesen Runcit Barang Kawalan kepada peniaga dan peruncit di seluruh negeri itu. Di Ipoh,tinjauan yang dijalankan KPDNKK negeri mendapati rata-rata peniaga yang ditemui menyatakan kesediaan untuk terus menjual gula seperti biasa namun pihaknya akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa.

Pengarahnya, Mokhtar Sulaiman, berkata dakwaan peruncit ingin memboikot penjualan gula mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana barangan berkenaan adalah keperluan asas kepada pengguna dan salah satu faktor keuntungan kepada peniaga.

Di Kuantan, peniaga kedai runcit meneruskan penjualan barang kawalan termasuk gula seperti biasa sekali gus menolak tindakan untuk memboikot seperti digembar-gemburkan PPPBRM.

Tinjauan dilakukan mendapati kebanyakan premis runcit tetap menjual barang kawalan, termasuk gula namun mengehadkan pembelian sebanyak dua kilogram bagi setiap pelanggan.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Wan Suhaimi Wan Ibrahim, berkata isu peniaga memboikot dan menyembunyikan bekalan gula serta barang kawalan lain tidak berlaku di negeri ini.

"Sehingga semalam, seramai 1,084 peniaga memohon lesen barangan kawalan terbabit yang juga permohonan tertinggi di negara ini sejak ia dibuka pada 9 Jun lalu.

Di Kangar, Perlis pula masalah bekalan gula tidak berlaku, malah jauh sekali untuk dibelenggu isu boikot seperti yang dicanang Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia berikutan penguatkuasaan lesen runcit oleh kerajaan bermula 1 Julai depan.

Tinjauan di beberapa pasar raya utama di sekitar negeri ini, semalam mendapati bekalan terbabit mencukupi.

Pengarah KPDNKK negeri, Mohd A Aruwan Ab Aziz, berkata sebelum ini terdapat 136 peruncit yang menerima bekalan gula untuk diagihkan kepada pengguna. Kini, jumlah itu ditambah kepada 462 peruncit untuk memastikan proses pengagihan yang lebih berkesan.

Di Alor Setar, peniaga dan peruncit di negeri ini tidak menyertai boikot penjualan barangan kawalan sebagai protes terhadap usaha kerajaan yang mewajibkan mereka mengambil lesen runcit.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Datuk Yusoff Ismail, berkata berdasarkan pertemuannya dengan banyak peniaga sejak minggu lalu beliau mendapati peniaga memahami hasrat kerajaan dan sedia mematuhi arahan itu demi kebaikan semua pihak.

Di Johor Bahru, masalah kekurangan gula kurang dirasai penduduk sekitar bandar raya ini, yang mengamalkan penggunaan berhemah dengan mengehadkan pembelian sekitar dua kilogram.

Sementara itu, Presiden PPPBRM, Lean Hing Chuan berkata, boikot akan diteruskan sebagai tanda bantahan keputusan kerajaan melaksanakan lesen runcit barang kawalan itu.

“Sehingga kini setiap kedai mempunyai sembilan hingga 11 lesen yang perlu dipohon, ditambah dengan lesen ini pula, cukup membebankan peruncit.

“Kami percaya kementerian akan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin kerana rakyat yang akan menghadapi kesukaran jika perkara ini berpanjangan. Kami akan berjumpa dengan KPDNKK Khamis ini yang akan disertai oleh (Menteri Kesihatan), Datuk Seri Liow Tiong Lai," katanya.
Sumber: Berita Harian, 16 Jun 2010

Dewan Rakyat: Pelindung dilindungi terma kontrak tidak adil

Akta baru bantu percepat proses tuntut ganti rugi

KUALA LUMPUR: Akta Perlindungan Pengguna 2010 memberi jaminan setiap pengguna dilindungi daripada terma tidak adil (UCT) dalam sesuatu kontrak, yang kebiasaannya memihak atau menguntungkan pihak yang menyediakan terma berkenaan.

Antara kontrak bentuk seragam yang terdapat UCT adalah kontrak melanggan perkhidmatan talian telefon, saluran televisyen, perkhidmatan internet, keahlian pusat kesihatan atau gimnasium, tiket tempat letak kereta dan agensi pekerjaan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri, berkata walaupun ketika ini, mahkamah boleh membatalkan kontrak mengikut Akta Kontrak 1950, akta itu tidak mempunyai peruntukan yang melindungi pengguna daripada penggunaan istilah atau terma yang dikategorikan tidak munasabah atau tidak adil.

“Peruntukan berkaitan UCT boleh dijadikan rujukan dan digunakan mahkamah sivil untuk mengenal pasti atau menilai sama ada sesuatu terma itu adil atau tidak, sekali gus mempercepatkan proses tuntutan ganti rugi.

“Berdasarkan situasi sekarang, selain menguntungkan pihak yang menyediakan terma, persetujuan atau kerelaan pengguna terhadap syarat kontrak tidak dipertimbangkan.

“Keadaan ini memaksa pengguna terikat dengan terma kontrak walaupun sering kali ia tidak adil kepada pengguna dan memberi peluang kepada pengedar atau penjual untuk menyalahgunakan kelebihan mereka bagi menindas pengguna,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat, semalam. Ismail Sabri (BN-Bera), berkata perlindungan pengguna menerusi kontrak bentuk seragam itu penting kerana ia membabitkan urus niaga harian, mengurangkan kos transaksi dan mempercepatkan proses pengendalian.

“Sepanjang tahun ini, kementerian menerima 38 aduan mengenai ketidakpuasan terhadap kontrak termasuk perkhidmatan telekomunikasi, perbankan, perkhidmatan kesihatan, pusat kecantikan dan bengkel kereta.

“Sering kali pengguna hanya diberi pilihan untuk menerima atau tidak kontrak yang ditawarkan, malah pengguna tidak diberikan peluang untuk membaca, mendapatkan nasihat berkenaan terma atau merundingkan terma dalam kontrak itu,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, akta itu juga akan memperkenalkan Jawatankuasa Pengiklanan untuk memantau iklan yang disasarkan pengguna, menasihati menteri dan mengeluarkan atau menerbitkan maklumat mengenai barang atau perkhidmatan yang boleh mengelirukan pengguna.

"Jawatankuasa itu sesuai kerana terdapat kesukaran untuk menentukan kesahihan dan integriti maklumat yang diberikan kerana sifat iklan yang ringkas dan subjektif," katanya.

Sumber: Berita Harian, 17 Jun 2010

Permintaan luar biasa punca gula kurang
SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menolak dakwaan bahawa masalah kekurangan bekalan gula di sesetengah kawasan negara ini adalah akibat perbuatan menyorok gula oleh sesetengah pihak.

Sebaliknya, kementerian menjelaskan keadaan itu berlaku berikutan permintaan luar biasa daripada pengguna serta pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS).

Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Iskandar Halim Sulaiman, berkata setakat ini tidak ada aktiviti menyorok gula yang menyebabkan bekalan bahan itu terputus di pasaran.

"Kita yakin masalah ini bersifat sementara kerana pengguna menggunakan gula melebihi kadar biasa pada musim cuti persekolahan, yang biasanya turut diadakan majlis seperti perkahwinan," katanya selepas melawat sebuah pasar raya besar, di sini, petang semalam.

Beliau juga meminta pengusaha IKS menghubungi kementerian jika memerlukan bekalan yang banyak bagi membolehkan bekalan dibekalkan kepada mereka.

Sementara itu, katanya, KPDNKK akan menambah bekalan gula sebanyak tiga juta tan metrik ke negeri ini, terutama daerah ini dan sebahagian Lembah Klang dalam tempoh seminggu menerusi pemborong yang dikenal pasti.

Katanya, perbincangan dilakukan dengan syarikat pengeluar gula di Pulau Pinang dan Shah Alam, Selangor yang bersetuju memenuhi keperluan gula yang meningkat di kawasan berkenaan. "Bagi kawasan Seremban, kita membekalkan 70 tan metrik gula sebagai tambahan, hari ini (semalam) dan melantik empat daripada 24 pemborong sedia ada untuk membekalkan keperluan gula di daerah ini dalam tempoh seminggu ini.

"Bekalan tambahan ini dijangka dapat mengatasi masalah bekalan gula kerana jumlah itu mengambil kira keperluan semasa dan mampu menampung keperluan selama sebulan berdasarkan keperluan harian gula negeri ini, terutama Seremban sebanyak 3,200 tan metrik sehari," katanya.

Sumber: Berita Harian, 18 Jun 2010

4 comments:

  1. Blog anda sgt informatif..
    Semoga semua pengguna dpt mengetahui hak-hak mrk, seterusnya menjadi pengguna yang bijak..
    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. Ya betul!
    Kita haruslah mempertahankan semua hak pengguna, terutama sekali mendapat persekitaran yang sihat. Saya tidak setuju pihak industri perkilangan yang mengotorkan sungai-sungai untuk memproses produk mereka. Terima kasih tuan punya blog.

    ~RINA~

    ReplyDelete
  3. Blog yang sangat bagus and perlu di baca oleh semua pengguna. pesekitaran yang bersih adalah salah satu keperluan asas.
    Terima kasih kepada penulis blog.

    -Ramanaguru-

    ReplyDelete
  4. barulah saya faham.kalau ada penjual yang cuba menipu,undang-undang tersebut boleh tolong saya.

    ReplyDelete